2025-04-14 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 April- Ekonomi Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan 3.8 peratus pada Februari 2025 berbanding tempoh sama tahun lalu,menurut anggaran Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Unjuran itu berdasarkan prestasi positif beberapa indikator utama termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian,Indeks Perdagangan Pengedaran serta pengeluaran minyak sawit mentah.
Menurut bank pelaburan berkenaan,angka rasmi bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini dijangka diumumkan pada Jumaat ini,berdasarkan data Januari dan Februari.
Sementara itu,perdagangan runcit bagi dua bulan pertama tahun ini turut mencatat peningkatan 5.4 peratus secara tahunan,sekali gus mengisyaratkan pertumbuhan penggunaan swasta yang lebih kukuh.
Maybank IB turut melaporkan bahawa kitaran peningkatan pelaburan kekal positif,dipacu oleh lonjakan dalam import barangan modal serta peningkatan pinjaman perbankan untuk sektor industri dan hartanah.
Langkah syarikat berorientasikan eksport menghantar stok lebih awal juga dilihat mampu mengurangkan kesan ketidaktentuan geopolitik dan perang tarif terhadap momentum ekonomi semasa.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur