2025-04-15 HaiPress

FOTO RTM
SEREMBAN,14 April-Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengesahkan bahawa papan tanda jalan yang hanya memaparkan tulisan dalam bahasa Mandarin di Kampung Sungai Nipah,Negeri Sembilan tidak mendapat kelulusan pihaknya.
Yang Dipertua MPPD,Hasnor Abd Hamid berkata pemasangan papan tanda itu tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan tidak mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan 1992 yang mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
"Dalam mana-mana permohonan,pihak majlis akan memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu diutamakan dalam pemasangan papan iklan atau papan tanda jalan.
"(Namun) papan tanda ini (bertulisan Mandarin) tidak pernah dimaklumkan dan tidak mendapat kelulusan MPPD,"katanya dalam sidang media di Balai Raya Kampung Sungai Nipah di sini hari ini.
Susulan itu,papan tanda terbabit akan digantikan dengan papan tanda dwibahasa selepas perbincangan antara MPPD,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ChuahYew Boon Lye dan Pejabat Tanah.
Dalam sidang media sama,Boon Lye menjelaskan papan tanda berkenaan merupakan inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama sukarelawan sejak 2018 bagi memudahkan pelawat dari China memahami sejarah dan lokasi jalan di kawasan itu.
Terdahulu,tular di media sosial sebuah video yang memaparkan papan tanda jalan di kampung itu menggunakan bahasa Mandarin sepenuhnya,sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat.

GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur