2025-04-15 HaiPress
Allahyarham Tun Abdullah/Bernama
KUALA LUMPUR,14 April- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi,85,menghembuskan nafas terakhir hari ini dalam keadaan tenang dengan semua ahli keluarga berada di sisi.
Itu dikongsikan oleh menantu Tun Abdullah,Khairy Jamaluddin dalam sidang media khas selepas menuntut jenazah Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Tambah beliau,jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dibawa ke Masjid Negara pagi esok untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan,Masjid Negara.
"Esok pagi,jenazah Tun Abdullah akan dibawa ke Masjid Negara. Dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari,jenazah akan ditempatkan di dewan solat utama untuk membolehkan orang awam memberi penghormatan terakhir.
"Kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin memberikan penghormatan kepada Pak Lah untuk hadir ke Masjid Negara esok," katanya.
Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh anak Allahyarham,Tan Sri Kamaluddin dan Nori Abdullah yang juga isteri kepada Khairy.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur