2025-04-15 HaiPress
Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
PETALING JAYA,14 April - Pemergian Perdana Menteri kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara,kata Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata,Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’ merupakan seorang pemimpin berjiwa besar,yang sentiasa disenangi serta memiliki keperibadian mulia.
“Ini satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau seorang pemimpin yang sangat baik,‘down to earth’,menghormati semua orang dan amat luhur jiwanya.
"Beliau seorang insan yang sangat baik,Insya-Allah,” katanya ketika ditemui media sesi bicarawara eksklusif Suara Anak Madani Rumah Terbuka bersama Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin,anjuran Yayasan PEACE di Damansara hari ini.
Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Abdullah Badawi,85,menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam Isnin,di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada pagi Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009,bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun
Pak Lah alami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia - IJN
Pemergian Pak Lah: 'Malaysia kehilangan sosok damai' - Anwar
Pak Lah tokoh perubahan besar negara - Fahmi Fadzil
Pak Lah menghadap Ilahi dalam tenang ditemani keluarga - Khairy
Tarif 25%: Malaysia perlu perluas pasaran eksport
Niaga hadapan FBM KLCI kebanyakannya rendah pada awal dagangan
RMK-13 tumpu AI & STEM, sasar bina generasi ekonomi digital
Ringgit dibuka rendah ekoran sentimen pasaran berhati-hati selepas AS kemas kini dasar tarif
Malaysia kekal bebas, fokus perdagangan dan pembangunan mampan - MITI
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kukuh daripada mata wang utama lain
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur