2025-04-15 HaiPress

Perdana Menteri kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi,85,menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam Isnin,di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.
KUALA LUMPUR,14 April - Pemergian Perdana Menteri kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi terus dirasai seluruh negara apabila pimpinan negeri dan persekutuan menzahirkan ucapan takziah serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang memimpin negara dengan penuh integriti,keikhlasan dan visi yang mendalam untuk kemajuan negara.
“Jasa Allahyarham Pak Lah akan terus dikenang dan dihargai. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut merakamkan ucapan takziah mewakili kerajaan negeri atas jasa besar yang dicurahkan Allahyarham kepada negara ketika menerajui pentadbiran sebagai Perdana Menteri kelima.
“Marilah kita doakan agar Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh,” katanya.
Sementara itu,Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan ulung,berhemah tinggi dan disanjung rakyat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia.
“Di bawah pentadbiran beliau,selain pembangunan modal insan,pengukuhan integriti dalam tadbir urus dan ketelusan institusi kerajaan turut menjadi keutamaan,” katanya.
Turut menzahirkan penghormatan ialah Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Abdullah Badawi,di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada pagi Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009,bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur