2025-04-15 HaiPress

Van jenazah yang membawa jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kediaman rasmi dan menuju ke Masjid Negara sekitar pukul 8:10 pagi tadi
KUALA LUMPUR,15 April - Beberapa pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar seawal 6.30 pagi bagi membuat liputan pemergian negarawan itu.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa orang kenamaan dilihat memasuki pekarangan rumah Perdana Menteri kelima berkenaan.
Pihak media bagaimanapun,tidak dibenarkan memasuki kediaman itu.
Abdullah,85,yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah",menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.
IJN dalam kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital itu pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara hari ini.
Sementara itu,menantu Allahyarham,Khairy Jamaluddin memberitahu media bahawa jenazah dijangka dibawa ke Masjid Negara pada 8.30 pagi ini untuk disolatkan dan dikafankan.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM),orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah di Dewan Solat Utama majid berkenaan bermula pada 11 pagi hingga 1 tengah hari.
"Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan,Masjid Negara," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur