2025-04-15 HaiPress

Pengunjung beratur seawal 9 pagi sempena hari pertama Ekspo 2025 Osaka yang menghimpunkan penyertaan 160 negara dan wilayah/Foto AFP
PUTRAJAYA,14 April – Sebanyak 30 syarikat Malaysia bakal terlibat dalam 150 sesi padanan perniagaan bersama rakan strategik antarabangsa pada Ekspo 2025 di Osaka,Jepun.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata,penyertaan itu bertujuan memperkenalkan Malaysia sebagai negara yang dinamik dan berpandangan jauh di pentas dunia.
“MITI bersama agensi berkaitan komited memastikan penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka akan mempamerkan kekuatan negara dalam sektor-sektor strategik dan berpotensi tinggi.
“Antaranya melibatkan sektor elektrik dan elektronik,tenaga boleh baharu serta industri halal bagi menarik minat pelabur dan rakan dagang dari seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Ekspo 2025 Osaka,Jepun merupakan ekspo dunia yang berlangsung mulai 13 April 2025 hingga 13 Oktober 2025 dan mengetengahkan tema 'Designing Future Society for Our Lives'.
Datuk Hairil yang juga Ketua Pesuruhjaya Negara bagi Ekspo 2025 memaklumkan,Malaysia menyasarkan potensi nilai pelaburan berjumlah RM13 bilion serta eksport yang signifikan sepanjang penyertaan negara di ekspo berkenaan.
“Ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab serantau dan destinasi utama perdagangan dan pelaburan,selain peneraju dalam pembangunan mampan,” katanya.
Ekspo 2025 Osaka selama dua minggu itu dijangka menghimpunkan penyertaan lebih 160 negara dan bakal menjadi platform terbaik untuk Malaysia mempromosikan peluang pelaburan serta mengukuhkan kerjasama strategik di peringkat global.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur