2025-04-15 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,15 April- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu.
Laporan terbaru menyatakan White House sedang merancang mengenakan cukai baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal.
Pada pukul 8.00 pagi ini,ringgit diniagakan meningkat kepada 4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4160 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kekalutan mengenai tarif itu telah mendorong kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi.
Indeks Dolar AS (DXY) juga jatuh kepada 99.640 mata,mencerminkan peralihan sentimen pelabur dengan pasaran mencari tempat selamat alternatif.
“Harga emas kekal tinggi dengan emas semasa pada AS$3,227.40 seauns - meningkat 23 peratus daripada AS$2,624.50 pada awal tahun.
“Ini menunjukkan pelabur bertindak beralih kepada logam berharga di tengah-tengah ketidaktentuan yang kian meningkat," katanya kepada Bernama.
Susulan DXY yang lebih lemah,Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam julat RM4.40 dan RM4.41 dalam urus niaga hari ini.
Dalam pada itu,ringgit juga diniagakan meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0773/0868 daripada 3.0811/0855,naik berbanding euro kepada 4.9975/5.0122 daripada 5.0199/0267 dan tinggi sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8073/8244 daripada 5.8097/8176.
Selain itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1182/1745 daripada 13.1481/1754 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3494/3595 daripada 3.3506/3556.
Ringgit berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 262.5/263.5 daripada 262.6/263.2 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur