2025-04-15 HaiPress

Forum FACT bertemakan ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’,fokus isu komoditi dan kelestarian global/Foto Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR,14 April – Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah Forum Perdagangan Perhutanan,Pertanian dan Komoditi (FACT) yang berlangsung bermula hari ini hingga 17 April dengan penyertaan 28 negara pengeluar dan pengguna utama.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,penganjuran FACT memberi ruang kepada negara pengeluar dan pembeli bertukar pandangan mengenai pendekatan mampan serta hala tuju industri komoditi secara inklusif.
“Tujuan kita gabungkan semua ini adalah untuk sama-sama memikirkan soal kelestarian,bagaimana kita menghasilkan komoditi sambil memelihara alam sekitar.
"Inisiatif ini selari dengan perjuangan Malaysia dalam memastikan komoditi kita kekal mampan dan mampu menembusi pasaran global,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan forum yang turut memberi tumpuan kepada usaha membantu pekebun kecil dalam menyesuaikan diri ke arah sistem pengeluaran lebih berdaya tahan dan mesra alam.
Forum FACT 2025 disertai 14 negara pengeluar termasuk Malaysia,Indonesia,Brazil,Cameroon,Colombia,Ghana,Liberia dan Nigeria serta 14 negara pengguna seperti United Kingdom,Belgium,Kanada,Denmark,Perancis,Itali,Jerman,Amerika Syarikat,Jepun dan Kesatuan Eropah (EU).
Dengan tema ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’,forum ini menjadi medan penting bagi membincangkan isu berkaitan perdagangan global,kelestarian dan masa depan industri komoditi dunia.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur