2025-04-15 IDOPRESS
Fahmi Fadzil menyifatkan Pak Lah negarawan yang telah mencorak pelbagai perubahan ketika negara melalui peralihan tampuk pemerintahan
KUALA LUMPUR,14 April - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah atas pemergian Perdana Menteri kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan sebagai tokoh penting dalam sejarah kepimpinan negara.
Beliau menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan seorang negarawan yang telah mencorak pelbagai perubahan ketika negara melalui peralihan tampuk pemerintahan.
“Pentadbiran Allahyarham menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi,termasuk konsep Islam Hadhari serta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang memperkukuh institusi kehakiman negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam Isnin.
Menurut beliau,jasa dan bakti Allahyarham akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.
“Bagi pihak Kementerian Komunikasi dan diri saya sendiri,saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Abdullah Badawi,85,menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN),Kuala Lumpur selepas mengalami masalah pernafasan.
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009,bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur