2025-04-15 IDOPRESS

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR,14 April – Malaysia tidak terkecuali daripada menerima kesan dasar tarif mengejut yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan import global,termasuk produk komoditi utama negara.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,kerajaan akan menyesuaikan strategi perdagangan secara berhati-hati bagi mengurangkan kesan daripada langkah tersebut.
“Malaysia tidak boleh elak sebab semua negara dikenakan tarif. Tapi buat masa ini,kita masih boleh teruskan eksport seperti biasa dalam tempoh 90 hari kerana ada penangguhan sementara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum FACT 2025 hari ini.
Tempoh penangguhan tersebut,jelas beliau,membolehkan kerajaan menilai kesan langsung terhadap eksport negara selain merangka langkah balas yang lebih berkesan.
“Sekurang-kurangnya kita masih ada masa untuk menyesuaikan diri,buat penilaian dan sediakan strategi yang sesuai,” tambahnya.
Malaysia ketika ini mengeksport produk komoditi bernilai kira-kira RM21 bilion setahun ke Amerika Syarikat,membabitkan empat sektor utama iaitu minyak sawit,getah,perabot dan koko.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur