2025-04-18 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil mengadakan sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa hari ini/BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 April- Aplikasi Radio Televisyen Malaysia (RTM),RTMKlik kini mencatatkan 6.1 juta muat turun dalam kalangan pengguna.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata menerusi catatan angka itu ia merupakan pencapaian membanggakan buat RTM.
"Kita juga akan mengintegrasikan RTMKlik dan beberapa saluran yang bersesuaian dengan aplikasi super baharu iaitu MYGOV Malaysia yang boleh diakses oleh orang awam bermula pertengahan tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Bilangan pertambahan jumlah muat turun dalam kalangan pengguna dilihat akan memberi ruang kepada RTM menyebarluaskan maklumat sahih kepada awam.
Fahmi turut memuji segmen 'Biar Betul' yang disiarkan di RTM,aktif menangkis penyebaran maklumat palsu di media sosial setiap hari dengan kerjasama MyCheck Malaysia dan Sebenarnya.my.
Dalam pada itu,RTM juga disaran memperkukuh aspek arkib sebagai langkah memastikan warisan penyiaran negara terus dipelihara,seiring usia penubuhannya yang kini mencecah usia 79 tahun.
Fahmi berkata dengan perubahan teknologi dan keutamaan penonton masa kini,RTM perlu lebih bersedia mendepani cabaran masa depan selain terus memelihara nilai sejarah sedia ada.
"Bagaimana pula di masa depan? Maka,saya minta supaya RTM pertama,kalau boleh kita mengukuhkan aspek arkib di RTM. Saya pernah lawat Penang House of Muzik dan melihat kad-kad permohonan.
"Lagu yang dulu tahun 40-an,30-an dihantar untuk mendengar lagu pada masa tu radio Malaya. Sama ada,kita ada bahan-bahan bersejarah ini ataupun tidak,kita perlu berusaha untuk tingkatkan," katanya.
Fahmi turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga RTM atas dedikasi berterusan dalam menyampaikan maklumat sahih dan mendidik masyarakat.
Beliau berharap RTM terus menjadi institusi penyiaran berdaya saing,progresif dan terus kekal relevan dalam era digital.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur