2025-04-18 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri sempena lawatan kerja ke Thailand/ BERNAMA
BANGKOK,17 April- Malaysia tekad meningkatkan impak serantau melalui kerjasama strategik dan pengukuhan hubungan dua hala,khususnya dengan negara-negara jiran seperti Thailand.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata,selaku Pengerusi ASEAN 2025 beliau menzahirkan perkara itu dalam pertemuan bersama tiga kapten industri utama Thailand hari ini,sempena lawatan kerja dua harinya ke negara itu.
Usaha mengukuhkan jaringan serantau tidak hanya memberi manfaat kepada blok ekonomi malah membuka lebih banyak ruang pelaburan dan pembangunan mampan dalam kalangan negara anggota.
Perdana Menteri mengadakan pertemuan secara berasingan bersama tiga kapten industri Thailand iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Kumpulan Thai Charoen Corporation (TCC),Thapana Sirivadhanabhakdi serta Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Minor International (MINT),William Heinecke.
Selain itu,beliau turut berjumpa CEO dan Presiden PTT Public Company Limited (PTT),Dr Kongkrapan Intarajang.
Malaysia tidak sekadar membuka ruang pelaburan,malah meletakkan negara sebagai rakan kerjasama jangka panjang stabil dan strategik bagi syarikat antarabangsa berorientasikan pertumbuhan mampan dan berimpak tinggi.
Perdana Menteri menegaskan,dasar-dasar ekonomi utama negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Strategi Pelaburan Hijau (GIS) akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara ke arah masa depan lebih lestari dan inklusif.
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memastikan ASEAN kekal sebagai rantau berdaya tahan,inklusif dan mesra rakyat,selain terus berintegrasi secara menyeluruh dengan ekonomi global.
Antara sektor utama yang menjadi tumpuan termasuk elektrik dan elektronik (E&E),automotif kenderaan elektrik (EV),kimia dan bahan termaju,tenaga boleh diperbaharui,teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS),aeroangkasa,farmaseutikal serta peranti perubatan.
Anggota delegasi beliau termasuk Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan perwakilan khas ASEAN ke Myanmar Tan Sri Othman Hashim.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur