2025-04-18 HaiPress

Kediaman runtuh akibat serangan Israel di Khan Younis di Gaza/ Reuters
KUALA LUMPUR,17 April- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel menyekat bantuan kemanusiaan rakyat Palestin di Gaza yang jelas tidak berperikemanusiaan serta merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia mengecam tindakan kejam Israel menghalang bantuan yang amat diperlukan daripada disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza ketika rejim Zionis meneruskan penghapusan etnik dan genosidnya di wilayah Palestin.
Tindakan sengaja menghalang penghantaran keperluan asas seperti makanan,air,bahan bakar dan bekalan perubatan ke Gaza bertujuan menghukum rakyat Gaza tidak masuk akal.
Ketika ini mereka terus berjuang untuk meneruskan hidup selain menghadapi bencana kemanusiaan terburuk yang dilihat dunia dalam beberapa dekad.
"Tindakan rejim yang tidak bermoral ini juga merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pencabulan terang-terangan terhadap hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.
Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) serta menyeru masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan tegas.
Perkara itu dalam memastikan rejim Zionis menghentikan tindakan tersebut dan memastikan Israel dipertanggungjawabkan.
Wisma Putra turut mengulangi gesaan agar konflik dan pertumpahan darah di Gaza dihentikan serta-merta,dan supaya hak rakyat Palestin dipulihkan sepenuhnya,termasuk hak menentukan nasib sendiri dan penubuhan negara berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Dalam pada itu Malaysia kekal teguh dalam solidariti bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan keamanan,kebebasan dan keadilan di semua platform antarabangsa.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur