2025-04-18 HaiPress

Foto hiasan
TAPAH,17 April- Malaysia menyambut baik keterbukaan China menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk berkongsi kepakaran teknologi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,usaha itu secara tidak langsung membuka peluang kepada negara memperkasa sektor tersebut.
"Buat masa sekarang ini Malaysia mengeksport nadir bumi tersebut secara mentah. tetapi kita mahu teknologi terbaik dari negara China.
"Presiden China Xi Jinping sendiri dalam mesyuarat dua hala semalam antara Malaysia dan juga China menawarkan bahawa China sanggup untuk berkongsi teknologi untuk kita dapat nadir bumi di Malaysia," katanya.
Beliau ditemui dalam sidang media ketika meninjau Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Tiga di sini.
Kerajaan juga menyeru kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan sumber tersebut diproses dengan baik sekali gus memberi pulangan menguntungkan kepada negara.
Pada masa sama China juga bersetuju mempercepat rundingan perdagangan dengan ASEAN bagi merancakkan dagangan antara negara serantau yang kini dilihat masih rendah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur