2025-04-18 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,15 April- Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mencatatkan peningkatan hasil jualan usahawan sebanyak RM101 juta sejak program latihan dan bimbingannya diperkenalkan pada tahun 2017 hingga 2024.
Menerusi kenyataan,institut itu berkata pihaknya telah berjaya mencipta 1,134 peluang pekerjaan baharu serta membantu 130 usahawan menaik taraf perniagaan daripada kategori mikro ke kecil sepanjang tempoh tersebut.
"Bagi tahun 2024 sahaja,sebanyak 24 program bimbingan telah dilaksanakan,yang menyumbang kepada peningkatan hasil jualan sebanyak RM23 juta.
Tahun lalu juga menyaksikan tambahan 468 pekerjaan baharu serta 60 usahawan berjaya bertukar status perniagaan mereka daripada mikro kepada kecil," kata kenyataan itu.
Tahun ini,INSKEN menyasarkan sehingga 25,000 usahawan seluruh Malaysia akan mendapat manfaat melalui 198 program latihan dan bimbingan.
Justeru itu,INSKEN mengalu-alukan lebih banyak rakan kolaborasi untuk berganding bahu bersama-sama membantu usahawan di Malaysia.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur