2025-04-18 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 April- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US hari ini kerana peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun pada Khamis ini,kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang,mata wang tempatan berada pada 4.4100/4155 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.4100/4160 ketika ditutup pada Isnin.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kini dalam mod ‘tunggu dan lihat’,memantau betapa agresif AS menekan sekutunya untuk konsesi tarif.
“Pasaran menjadikan Jepun seperti ujian geopolitik untuk melihat respons dan tindakan AS dalam perbincangan perdagangan tersebut.
"Jika rundingan dengan Jepun berjalan lancar,ia mungkin menghasilkan hubungan diplomatik yang lebih baik. Jika tidak,kita mungkin menghadapi satu lagi pusingan ketegangan dalam tindakan langkah perlindungan," katanya kepada Bernama.
Menjelang cuti Easter,Bank Pusat Eropah dijangka mengekalkan kadar stabil minggu ini,Innes berkata peniaga teragak-agak untuk membuat keputusan terutamanya sekarang apabila turun naik pasaran Perbendaharaan AS telah mula reda.
Sementara itu,Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pentadbiran Donald Trump nampaknya terkesan dengan kenaikan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini dan kelemahan dolar AS kerana dasar tarif boleh menjejaskan status AS sebagai aset selamat dalam kalangan pelabur.
“Ia masih terlalu awal untuk melihat sama ada pentadbiran Trump akan membalikkan dasar tarifnya yang kelihatan negatif tetapi ia jelas mempunyai kesan ketara terhadap keyakinan pasaran terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat,” kata Mohd Afzanizam.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.9996/5.0059 daripada 5.0199/0267 ketika ditutup pada Isnin,bagaimanapun turun berbanding yen Jepun kepada 3.0852/0895 daripada 3.0811/0855 semalam dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.8366/8439 daripada 5.8097/8176 sebelum itu.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3498/3545 daripada 3.3506/3556 pada penutupan semalam,melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.1461/1708 daripada 13.1481/1754 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 262.0/262.5 daripada 262.6/263.2 ketika ditutup pada Isnin,berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.78 daripada 7.72/7.74 semalam.- BERNAMA
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur