2025-04-18 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu berikutan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.54 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM20.66 bilion dalam dana Islam.
Pada hari ini,BNM menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing RM3.1 bilion selama tujuh hari dan RM2.0 bilion selama 30 hari selain satu tender repo berbalik Islam berjumlah RM500 juta selama tujuh hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Selain itu,BNM pada pukul 4.00 petang ini akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM29.6 bilion dan RM21.2 bilion bagi tender semalaman Murabahah.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur