2025-04-18 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 April- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan itu didorong oleh sentimen berhati-hati pasaran susulan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar tarif AS.
Setakat 8.00 pagi ini,ringgit berada pada 4.4100/4200 berbanding dolar AS,berbanding penutupan Selasa pada 4.4100/4155.
Beliau berkata hala tuju dasar tarif AS itu masih celaru dengan tiada petunjuk jelas sama ada China akan tunduk kepada tekanan AS untuk memulakan rundingan dalam senario perang perdagangan ketika ini.
“Prestasi niaga hadapan ekuiti AS yang negatif juga menunjukkan potensi pendapatan korporat yang lebih lemah di masa akan datang yang berkemungkinan disebabkan oleh impak tarif ke atas China.
“Memandangkan DXY lebih kukuh,gandingan dolar AS-ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.41 hingga 4.42 pada hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain,termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.9815/9928 daripada 4.9996/5.0059 semalam.
Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0818/0890 daripada 3.0852/0895 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8353/8485 daripada 5.8366/8439.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3455/3536 daripada 3.3498/3545 sebelum ini namun susut berbanding baht Thailand kepada 13.1815/2201 daripada 13.1461/1708.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah pada 262.0/262.7 daripada 262.0/262.5 dan susut sedikit berbanding peso Filipina pada 7.76/7.79 daripada 7.76/7.78.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur