2025-04-18 HaiPress
Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,18 April - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4150 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4095 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada RM4.4073 berbanding dolar AS pada Khamis sejajar dengan DXY yang rendah.
“Berdasarkan kemerosotan semasa dolar AS,pasangan dolar AS-ringgit dijangka kekal berada pada paras RM4.40,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata data terkini tuntutan awal pengangguran di AS berkurangan kepada 215,000 minggu lepas,menunjukkan daya tahan relatif dalam pasaran tenaga kerja AS walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0893/1019 daripada 3.0849/0883 pada Khamis,merosot berbanding pound kepada 5.8368/8574 daripada 5.8331/8391,bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.0027/0203 daripada 5.0102/0154.
Mata wang tempatan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3548/3705 daripada 3.3562/3601 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1651/2491 daripada 13.2211/2417.
Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 261.3/262.4 daripada 261.6/262.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.80 daripada 7.77/7.79 sebelum ini.-BERNAMA
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur