2025-04-18 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Perdana Menteri Thailand,Paetongtarn Shinawatra (kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan (CA) Projek Jambatan Rantau Panjang-Su-ngai Kolok antara Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua,kiri) dan Timbalan Perdana Menteri Thailand,Suriya Juangroongruangkit merangkap Menteri Pengangkutan sempena lawatan kerja dua hari ke Thailand,hari ini/BERNAMA
BANGKOK,17 April- Malaysia dan Thailand melakar sejarah dalam hubungan dua hala apabila memeterai Perjanjian Pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang-Su-ngai Kolok.
Ini sekali gus menandakan bermulanya secara rasmi projek infrastruktur rentas sempadan yang baharu.
Majlis pertukaran perjanjian yang diadakan di Government House,di sini disaksikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan dari Thailand,Paetongtarn Shinawatra.
Selain itu,turut dimeterai ialah perjanjian bagi kerja-kerja menaik taraf jambatan sedia ada yang menghubungkan dua kawasan berkenaan.
Ia ditandatangani oleh Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mewakili Malaysia dan Menteri Pengangkutan Thailand,Suriya Juangroongruangkit.
Projek berkenaan merangkumi pembinaan jambatan baharu sepanjang 117.3 meter yang sejajar dengan jambatan sedia ada beserta dengan kerja naik taraf menyeluruh terhadap struktur asal.
Dengan anggaran kos RM40.54 juta,projek itu dibiayai bersama kedua kerajaan dan disasarkan untuk siap pada tahun 2028.
Jambatan Rantau Panjang-Su-ngai Kolok yang asal mula dibina pada tahun 1971 dan telah sekian lama berperanan sebagai nadi penghubung antara komuniti serta kegiatan ekonomi kedua negara.
Pada tahun 2021,melalui Strategi Pembangunan Bersama (JDS),kedua negara bersetuju untuk menambah kapasiti jambatan tersebut bagi menampung pertambahan pengguna.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur