2025-04-18 IDOPRESS

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat sekitar taman tema pada majlis Perasmian Taman Tema Snow World di Melaka Mall,hari ini/BERNAMA
AYER KEROH,17 April- Melaka bakal melancarkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada 31 Disember depan.
Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia bersempena dengan tiga acara besar pelancongan tahun ini dan tahun depan.
Katanya,lokasi pelancaran masih belum diputuskan dan pelbagai acara dan program menarik ditelah dirancang bagi merancakkan lagi kempen berkenaan.
"Kita akan melancarkan versi baru dan bersempena dengan pelancaran Tahun Melawat Melaka yang akan dilancarkan di Melaka bersempena dengan Persidangan Pelancongan Dunia 2025 (WTC2025) dan tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD2025) yang mana kita akan didatangi delegasi dari seluruh dunia," kata Ab Rauf.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Taman Tema Snow World dan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Melaka Mall.
Sementara itu,Ab Rauf berkata Taman Tema Snow World menjadi lokasi pelancongan terbaharu di Melaka yang dijangka menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu.
Taman tema berkenaan berkonsepkan produk pelancongan ikonik di Melaka seperti Jonker Walk,Bandar Hilir dan sebagainya yang menjadi mercu tanda negeri bersejarah itu.
Dalam pada itu,harga tiket Zoo Melaka telah diturunkan daripada RM45 kepada RM39.10 bagi dewasa bermula Januari hingga Disember depan.
Bagi kanak-kanak,warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pula dikurangkan daripada RM36.70 sen kepada hanya RM19.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),Datin Sapiah Haron berkata langkah itu dibuat bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Melaka.
"Kita sebenarnya bukan pasal penurunan,kerana kita mahu menggalakkan pelancong masuk ke Zoo Melaka. Sebenarnya kita hendak meramaikan kedatangan pelancong untuk ke Zoo Melaka.
"Harga baru kita kita bermula Januari hingga Disember ini la,sempena WTD2025 dan WTC2025," kata Sapiah.
Dalam perkembangan lain,pihaknya akan menganjurkan pertandingan menamakan anak citah yang baru 50 hari lahir di zoo berkenaan dalam masa terdekat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur