2025-04-18 IDOPRESS

Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 April- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meneruskan inisiatif kebajikan kepada 1,250 pelajar asnaf menerusi program Ziarah Kasih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata,perkara itu bagi memastikankebajikan golongan pelajar asnaf dipelihara dalam menimba ilmu pengetahuan.
"1,250 anak-anak ini dibantu PPZ-MAIWP melalui kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi ini,akan keluar sebagai anak-anak yang hebat,cemerlang. Mungkin mereka ini akan melakukan perubahan pada diri masing-masing termasuk keluarga dan membawa keluar dari kepompong kemiskinan.
"Satu masa nanti dia bercita-cita untuk menjadi termasuk dalam golongan yang akan membayar zakat dan membantu pula golongan asnaf yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada programZiarah Kasih PPZ–MAIWP diibu negara.
Kesemua pelajar berkenaan terdiri daripada 10 institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan kewangan berjumlah RM200 seorang dengan nilai keseluruhan mencecah RM250,000.
Ia merupakan salah satu daripada lima segmen bantuan yang disusun sepanjang tahun,termasuk Program Iftar Perdana,Kasih Medik MAIWP,Kasih Komuniti dan Kasih Intelek.
Dalam pada itu beliau turut menyeru agar semua pihak termasuk pelajar memainkan peranan dalam menyebarkan dakwah zakat serta mengajak masyarakat untuk turut menyumbang melalui wakaf demi manfaat berpanjangan.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur