2025-04-18 IDOPRESS

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan pacuan empat roda di Jalan Kampung Atas Tol,Kuala Terengganu,awal pagi tadi / Foto RTM
KUALA TERENGGANU,18 April – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan pacuan empat roda di Jalan Kampung Atas Tol di sini,awal pagi tadi.
Mangsa,Farid Rizuan Mohamad dari Kampung Surau Haji Daud,di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,Penolong Pesuruhjaya Polis,ACP Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kampung Pengadang Baru menuju ke Kampung Surau Haji Daud.
“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang pesara guru berusia 71 tahun dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang kiri ketika pelanggaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesara berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kampung Kedai Buluh ke Kampung Atas Tol. Bagaimanapun,beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda bagi kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur