2025-04-18 IDOPRESS
Foto Facebook JKR Gua Musang
GUA MUSANG,18 April– Lebih 3,000 penduduk di sekitar kawasan Gua Musang kembali terputus hubungan selepas jalan lencongan sementara di Kilometer 35,Jalan Gua Musang–Jeli terpaksa ditutup berikutan kejadian tanah runtuh sepanjang 30 meter akibat hujan lebat.
Penutupan jalan sementara itu dibuat selepas didapati berisiko untuk dilalui semua jenis kenderaan susulan pergerakan air bawah tanah yang berlaku akibat pembetung pecah,selain kejadian tanah runtuh.
Menurut penduduk Kampung Meranto,Azimah Isa,mereka kini berdepan kesukaran untuk ke tempat kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah kerana terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jauh.
“Balik jalan,kena tinggal kereta sini. Susah nak lalu,ikut jalan jauh,ikut Sri Jaya. Kesian budak-budak sekolah. Harapan kita supaya baiki cepat,” katanya.
Seorang lagi penduduk dari Kampung Kuala Lah,Adi Roslan turut meluahkan rasa kecewa dengan situasi itu yang memberi kesan kepada rutin harian penduduk.
“Susah kita nak pergi kerja. Kalau ikut kawasan biasa hanya 10 minit,tapi sekarang kena ikut jalan lain yang mengambil masa lebih satu jam. Harap-harap dapat dibaiki segera,esok kita cuti,harap sehari dua ni boleh siap,” katanya.
Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata,kerja-kerja membaik pulih laluan dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari oleh pihak konsesi,bergantung kepada keadaan cuaca.
Menurut beliau,hanya penduduk kampung akan dibenarkan menggunakan laluan itu selepas ia dibaiki,manakala kenderaan berat seperti lori,treler dan bas diarahkan menggunakan laluan alternatif FT066,Jalan Sungai Sam–Jeli seperti disarankan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Kerja-kerja segera akan dilaksanakan secepat mungkin. Kalau cuaca mengizinkan,pihak konsesi akan siap dalam dua hingga tiga hari. Laluan ini nanti hanya dibuka untuk keperluan penting seperti murid sekolah dan kes kecemasan seperti ambulans. Itu keutamaan kita dahulu dan kita seperti pihak JKR maklumkan jalan ini ditutup untuk semua kenderaan",jelas beliau.
Sebelum ini,rekahan dan pergerakan tanah telahdikesan di jalan lencongan di Kilometer 35,Jalan Gua Musang-Jeli pada Jumaat minggu lalu,dipercayai berpunca daripada cuaca hujan serta bebanan kenderaan berat yang melalui jalan berkenaan.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur