2025-04-18 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
BANGKOK,17 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bagi membincangkan bantuan kemanusiaan,susulan gempa bumi pada Mac lalu.
Menerusi Facebook,Datuk Seri Anwar memaklumkan,pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu diadakan dalam suasana terbuka dan konstruktif,dengan tumpuan utama diberikan kepada keperluan mendesak untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan,termasuk penempatan segera sebuah hospital medan.
"Kami turut menyentuh kepentingan mengembalikan Myanmar kepada keadaan sediakala demi kestabilan dan keselamatan rakyatnya",katanya.
Beliau juga memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG),pada pagi ini.
Datuk Seri Anwar juga menyambut baik langkah-langkah awal yang diambil untuk meredakan ketegangan,termasuk pembebasan 4,800 tahanan pada Rabu.
"Tindakan sebegini memberi isyarat yang cukup bermakna. Kita mesti terus menggalakkan semua pihak untuk berunding secara serius demi masa depan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya",katanya menerusi hantaran di Facebook,malam tadi.
Perdana Menteri tiba di Bangkok,semalam untuk lawatan kerja dua hari ke Thailand.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur