2025-04-18 IDOPRESS

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 April- Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus bagi tahun kewangan 2024,melibatkan jumlah agihan sebanyak RM486.32 juta kepada 773,859 anggota bermula hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick berkata,Bank Rakyat berjaya mengekalkan kadar dividen dua digit untuk tempoh melebihi dua dekad,selari dengan prestasi kewangan dan mandat yang digalas oleh institusi kewangan koperasi itu.
“Saya percaya pencapaian ini adalah hasil daripada komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya,sekali gus memberikan kesaksamaan dan kemakmuran kepada semua peringkat masyarakat.
"Pembayaran dividen yang akan dilakukan mulai 16 April ini bukan sahaja mencerminkan prestasi kewangan yang dicapai,tetapi juga merupakan simbol penghargaan Bank Rakyat terhadap kepercayaan dan sokongan padu yang telah diberikan oleh anggota kepada Bank Rakyat saban tahun," katanya.
Tambah beliau,Bank Rakyat turut menyalurkan sumbangan RM36.43 juta atau dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi,serta RM18.22 juta kepada Kumpulan Amanah Pembangunan Koperasi.
Secara keseluruhan,jumlah sumbangan Bank Rakyat bagi tahun 2024 mencecah RM54.65 juta,meningkat berbanding RM53.21 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara,hari ini.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur