2025-04-21 HaiPress

Datuk Seri Jamil Khir Baharom ditemui media elepas menghadiri Majlis Sambutan “Warna Warni Aidilfitri” KEDA yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA,Jalan Langgar,Alor Setar
ALOR SETAR,20 April- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta tahun ini bagi pelaksanaan program Pembangunan Minda Insan dan Pengajian Sepanjang Hayat,meliputi sambutan hari kebesaran Islam dan inisiatif turun padang bersama komuniti.
Pengerusi KEDA,Datuk Seri Jamil Khir Baharom,berkata meskipun KEDA bukan entiti utama dalam pengukuhan aspek keagamaan,namun agensi itu tetap komited memainkan peranan sebagai "bigger support" dalam memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar baik dari sudut fizikal mahupun batiniah.
Menurutnya,antara program yang dirangkumi dalam inisiatif tersebut ialah pengimarahan Ramadan dan sambutan Aidilfitri,Program Khatan Perdana,Ceramah Israk Mikraj,Daurah Kitab,serta Program Pengurusan Sisa Pepejal di Desa KEDA (SPIKE 2.0).
Beliau turut menekankan kepentingan Program Pendampingan KEDA yang menjadi salah satu fokus utama dalam menyantuni komuniti,khususnya yang menetap di 56 Desa KEDA di seluruh negeri.
“KEDA berada dalam satu komuniti kampung yang dikelilingi oleh puluhan kampung lain. Bila orang tengok pengurusan sisa pepejalnya,masjid,komuniti 4P,serta tempat anak muda bermain dan beriadah,ia jadi satu acuan contoh kepada kampung sekitar. Inilah model yang kita usahakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan “Warna Warni Aidilfitri” KEDA yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA,Alor Setar.
Turut hadir,Pengurus Besar KEDA,Hajah Afifah Omar,dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan),Khairul Azmeer Abu Bakar.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur