2025-04-21 HaiPress

FOTO JBPM Perak
IPOH,20 April- Seramai 136 individu terkandas susulan kejadian runtuhan jambatan ke Kampung Tisong,menyebabkan laluan utama ke Hot Spring Felda Sungai Klah,Kampung Tisong,Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site terputus sepenuhnya.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 10.46 pagi tadi.
Katanya,mereka yang terkandas terdiri daripada 81 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang; 10 pekerja Buyong Mas Sanctuary Camp Site dan 45 individu (39 dewasa,16 kanak-kanak) daripada 17 keluarga di kawasan Hot Spring Sungai Klah.
Beliau berkata,usaha menyelamat sedang giat dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain bagi membawa keluar semua mangsa melalui laluan alternatif yang dikenal pasti.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur