2025-04-21 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
LENGGONG,20 April - Kerajaan akan menyelaras sistem pengambilan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai tahun hadapan.
Langkah itu dibuat bagi mengelakkan pertindihan tawaran dan menyelaras penempatan di kedua-dua institusi pendidikan yang banyak menjadi pilihan pelajar di dalam negara.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,pelajar masih boleh memohon kedua-dua institusi seperti biasa. Namun selepas penyelarasan,hanya satu tawaran rasmi akan dikeluarkan,sama ada daripada MRSM atau SBP.
"Terdapat dua tawaran yang datang kepada pemohon-pemohon khususnya pelajar-pelajar yang mahu memasuki MRSM dan SBP. Mereka memilih salah satu. Apa yang berlaku dahulunya,apabila MRSM memberikan surat tawaran lebih dahulu kepada pelajar-pelajar ini,mereka telah menerima tawaran daripada MRM,tetapi apabila menerima tawaran kedua,mereka beralih arah kepada kemasukan sekolah berasrama penuh," kata Ahmad Zahid.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menghadiri Wacana Aspirasi di Dewan Besar Al Abqari,MRSM Lenggong.
Kerajaan menegaskan komitmen terhadap sahsiah pelajar MRSM,dengan pendekatan tegas terhadap kes buli termasuk pelaksanaan prinsip “You Touch You Go”.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur