2025-04-21 HaiPress

FOTO ARKIB RTM
KUALA NERUS,20 April- Seramai 24 peniaga di seluruh Terengganu dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri sepanjang pelaksanaan Op Pantau 2025 dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025.
Pengarah KPDN negeri Mohd Mufsi Lat berkata tindakan itu diambil hasil pemeriksaan terhadap 3,939 premis melibatkan bazar Ramadan,bazar Aidilfitri,pasar awam,pasar raya serta kedai runcit,sepanjang operasi bermula 2 Mac hingga 7 April lalu.
"Daripada jumlah itu,20 kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 manakala empat kes diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya kepada media selepas Majlis Apresiasi KPDN bersama pelanggan di sini.
Jelas beliau,antara kesalahan dikesan ialah kegagalan mempamerkan tanda harga dan penggunaan alat timbang yang tidak ditentusahkan atau telah tamat tempoh.
"Kesemua 24 kes ini diambil berdasarkan dua akta tersebut. Pelaksanaan Ops Pantau 2025 dan SHMMP Aidilfitri 2025 dilihat sangat berhasil dalam memastikan pematuhan peniaga terhadap harga kawalan yang ditetapkan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan,KPDN Terengganu turut mempergiat usaha meningkatkan keberadaan 118 anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan pengguna,selain menggerakkan 57 pegawai pemantau harga bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang.
Mohd Mufsi turut mengingatkan peniaga supaya mematuhi peraturan bukan sahaja ketika musim perayaan,malah sepanjang masa.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur