2025-04-21 HaiPress

Foto Facebook MITI
JOHOR BAHRU,20 April- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ) bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor,esok.
Forum bertemakan "JS-SEZ: Menghubungkan Ekonomi,Memperkukuh Rantaian Bekalan" ini dijangkamengukuhkan kedudukan sebagai pusat utama pelaburan dan perkhidmatan di ASEAN.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi kenyataan memaklumkan forum sulung anjuran MITI dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) dan Kerajaan Negeri Johor itu,bakal menampilkan pandangan eksklusif daripada pembuat dasar utama.
“Ia menghimpunkan penggubal dasar peringkat tinggi,pemimpin perniagaan,syarikat berkaitan kerajaan (GLC),institusi pelabur dan wakil industri yang turut menjadikan acara itu antara platform terbesar untuk kerjasama ekonomi Malaysia dan Singapura setakat ini," katanya.
Ini termasuk Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,Timbalan Perdana Menteri Singapura,Gan Kim Yong,dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Antara topik yang dibicangkan termasuk Pengembangan Perniagaan dan Transformasi Teknologi,Inovasi dan Penjanaan Kekayaan Malaysia–Singapura,serta Rantaian Bekalan Masa Depan.
Forum itu juga bakal menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan kerjasama hijau Pertamina Energy Terminal dan Pelabuhan Tanjung Langsat serta kerjasama PKS antara Maybank dan Perbadanan Usahawan Johor.
Selain itu,turut diadakan sesi padanan perniagaan bersama syarikat utama termasuk Hershey Malaysia dan ByteDance,selain ‘klinik perniagaan’ bersama agensi-agensi utama kerajaan.
Ia dijangka menghimpunkan hampir 1,000 penggubal dasar dan pemimpin industri dari Malaysia dan Singapura,menjadikannya antara forum kerjasama ekonomi terbesar antara Malaysia dan Singapura.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur