2025-04-21 HaiPress

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 April- Keharmonian antara kaum menjadi aspek terpenting membantu negara bergerak maju ke hadapan.
Sekali gus,menjadi teladan terbaik buat negara serantau terutama dalam mendepani cabaran global.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata usaha itu perlu dimulakan di peringkat akar umbi.
"Kerana Malaysia bukan besar sangat. Yang penting,kita sebagai ASEAN (pengerusi) boleh imbangi kalau ada pergolakan politik dunia,kita boleh stabilkan. Tapi mestilah Malaysia sendiri harmonikan kita antara satu sama lain,bangsa-bangsa kita," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bandar Tun Razak di ibu negara.
Mengulas lanjut,kehadiran Presiden China,Xi Jinping pada Selasa membuktikan negara mendapat perhatian utama dari negara kuasa besar itu.
Ini dilihat daripada komitmen terhadap Malaysia selama tiga hari berbanding sehari di negara lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur