2025-04-21 HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi
JAKARTA,20 April- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Indonesia hari ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari untuk mempererat hubungan kedua-dua negara jiran dalam bidang pendidikan,industri halal,pembangunan luar bandar dan pengurusan bencana.
Beliau dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7.01 malam waktu tempatan (8.01 malam waktu Malaysia).
Ahmad Zahid,yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,disambut oleh Menteri Agama Indonesia Nasaruddin Omar,Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin serta Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN Datin Sarah Al Bakri Devadason.
“Lawatan ini dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia serta mempertingkat kerjasama strategik,” kata Syed Mohamad Hasrin kepada media Malaysia.
Ahmad Zahid dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka selain membincangkan serta meneroka peluang kerjasama termasuk dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau juga akan menyaksikan pertukaran tiga Surat Hasrat dengan dua daripadanya berkaitan kerjasama TVET iaitu antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pemerintah Wilayah Jakarta serta UniKL dan Pemerintah Wilayah Sumatera Barat manakala satu lagi antara Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) dan Pemerintah Wilayah Sumatera Barat.
Persediaan bencana di peringkat serantau turut dijangka menjadi agenda dengan sesi lawatan ke Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre).
“Ia merupakan satu lawatan yang agak istimewa memandangkan Malaysia kini mempengerusikan ASEAN dan membolehkan kita mendengar status terkini penglibatan pusat tersebut dalam bencana alam baru-baru ini termasuk di Myanmar,” kata Syed Mohamad Hasrin.
Beliau berkata satu lagi potensi bidang kerjasama ialah keterjaminan makanan dan kedua-dua negara boleh meneroka usaha bagi menangani cabaran yang dikongsi bersama.
“Keterjaminan makanan merupakan antara keutamaan utama Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan ia juga menjadi agenda bagi Malaysia. Jika terdapat peluang untuk bekerjasama,ia pasti akan diterokai,” katanya.
Pada 2024,Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Jumlah dagangan dua hala pada 2024 direkodkan sebanyak RM116.29 bilion (USD25.5 bilion) iaitu meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding RM111.21 bilion (USD24.39 bilion) bagi tahun 2023.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur