2025-04-21 HaiPress

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang,Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi PAALS,Petra Sulai (kanan)/Foto RTM
PETALING JAYA,20 April- Persatuan Anak-Anak Limbang di Semenanjung (PAALS) optimis dapat mencapai 500 keahlian baharu menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap penasihat dan penaung PAALS,Datuk Hasbi Habibollah berkata,keyakinan terhadap jumlah itu berdasarkan konsep "jaringan zon" yang meliputi seluruh negara.
Pendekatan tersebut membolehkan program-program dianjurkan mengikut zon,sekali gus memudahkan penyertaan dan penyelarasan aktiviti.
"Ini salah satu caralah untuk menambah keahlian di sana. Mungkin mereka nak datang beraya ke sini tu payah sikitlah. Tapi bila ada sana nanti,insya-Allah di zon-zon ini berkembang. Jadi kita boleh buat program mengikut zon masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian di Malis Ramah Tamah Bedudun Raya PAALS.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis kelahiran Limbang,Bob Yusof,serta Hazra Dolah daripada kumpulan Alun Tradisi,yang membawa persembahan muzik gambus dan tradisional Sarawak.
Sementara itu,Pengerusi PAALS,Petra Sulai menekankan peranan persatuan sebagai pemegang amanah komuniti dalam menjaga kebajikan ahli serta memelihara nilai budaya sebagai anak perantau.
“PAALS bukan sekadar platform pertemuan,tetapi ruang untuk kita saling bertaut saat memerlukan. Semangat bedudun ini adalah jiwa kepada persatuan merapatkan yang jauh dan menguatkan yang dekat,” katanya.
Sejak penubuhannya pada tahun 2017,PAALS kini mempunyai lebih 265 ahli berdaftar,dengan jaringan zon yang aktif di seluruh Semenanjung.
Bagi memudahkan pendaftaran,PAALS turut menyediakan borang penyertaan dalam talian menerusi platform media sosial rasmi persatuan.
PAALS ditubuhkan untuk mengumpul dan menghubungkan anak kelahiran Limbang yang menetap di Semenanjung.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur