2025-04-21 HaiPress

Foto BERNAMA
PAPAR,21 April- Stok penimbal gula putih,akan dilaksana di Sabah,Sarawak dan Labuan,bermula 1 Mei ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata keperluan itu bagi memastikan bekalan gula di kawasan terbabit tidak terjejas.
Sebanyak 1,000 tan untuk keperluan Sabah dan Labuan,manakala 1,000 tan lagi di Sarawak.
Langkah dilaksana itu mengambil kira kebergantungan sepenuhnya bekalan gula putih bertapis dari Semenanjung,memandangkan tiada pengilang beroperasi di Sabah,Sarawak dan Labuan.
"Itu sebab saya juga mengalu-alukan sekiranya kerajaan negeri Sabah,Sarawak mengambil pendekatan memikirkan,apa strategi mungkin melalui GLC (syarikat berkaitan kerajaan)untuk memikirkan bukan import,import semua orang boleh buat,mohon kuota gula untuk import,yang penting ada refinery,ada syarikat pengilang itu yang boleh memproses gula dan memastikan bekalan ada di pasaran," katanya di sini.
Jelasnya,bagi memastikan keberkesanannya,Jawatankuasa Penstabilan Bekalan dan Harga akan ditubuhkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur