2025-04-21 HaiPress

Datuk Seri Saarani Mohamad pada Program Sejati MADANI,Impian Jadi Realiti daerah Batang Padang di Kampung Kenangan,Bidor
BIDOR,21 April- Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad menggalakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang menyertai Program Sejahtera Komuniti MADANI untuk menubuhkan koperasi.
Beliau optimis,langkah itu dapat memaksimumkan manfaat program berkenaan berikutan lebih 200 JPKK yang menyertai Program Sejati MADANI mula membuahkan hasil memberangsangkan.
Modal RM100,000 dimanfaatkan,antaranya bagi tujuan pembelian bot,pembinaan chalet dan ternakan ikan keli.
"Asalkan dia boleh pulangkan semula. Jadi sekiranya mereka ini boleh menubuhkan koperasi,jadi koperasi pun ada peruntukan.
"Maka koperasi berkenaan boleh berkolaborasi dengan JPKK. Jadi dengan ada koperasi itu,mereka boleh menjana pendapatan koperasi dan ahli koperasi akan dapat dividen," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sejati MADANI: Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Kampung Kenangan,di sini.
Turut hadir,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga,Kebajikan Masyarakat,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak,Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Datuk Ahmad Norihan Jalal.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur