2025-04-21 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia menerusi kerjasama strategik dalam sektor pelancongan,termasuk meningkatkan ketersambungan udara serta menawarkan insentif istimewa kepada pelancong.
Duta Uzbekistan ke Malaysia,Karomidin Gadoev berkata antara inisiatif utama ialah pengenalan laluan penerbangan terus oleh syarikat penerbangan tempatan,AirAsia,ke Uzbekistan bermula September 2025.
“Saya ingin berkongsi khabar gembira,syarikat penerbangan utama Malaysia,akan memulakan penerbangan ke Uzbekistan dengan kekerapan empat kali seminggu. Tempahan tiket akan dibuka mulai Mei ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Forum Pelancongan Uzbekistan-Malaysia serta mesyuarat perniagaan ke perniagaan yang diadakan di ibu negara.
Karomidin berharap,pembukaan laluan baharu itu akan merancakkan aliran pelawat antara kedua-dua negara dan menggalakkan aktiviti ekonomi melibatkan laluan Tashkent-Kuala Lumpur.
Menurut beliau,jumlah pelancong Malaysia ke Uzbekistan meningkat dua kali ganda kepada hampir 9,500 orang pada tahun lalu,manakala pelancong Uzbekistan ke Malaysia pula mencecah hampir 15,000 orang.
Inisiatif itu dijangka menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam sektor pelancongan dan ekonomi antara Malaysia dan Uzbekistan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur