2025-04-21 HaiPress

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi,perdagangan,pendidikan,pembangunan modal insan,AI,ekonomi digital,dan angkasa lepas / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 April – Hubungan Malaysia-China dijangka memasuki era baharu kerjasama strategik menerusi lawatan rasmi Presiden China,Xi Jinping ke Malaysia,yang menyaksikan termeterainya 31 memorandum persefahaman (MoU) merangkumi pelbagai sektor penting.
Penganalisis Strategi Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM),Collins Ching Yew Keat berkata MoU tersebut bersifat inklusif dan mencakupi sektor-sektor kritikal yang memberi manfaat langsung kepada kedua-dua negara.
“Hasrat untuk memastikan pembangunan holistik ini meliputi semua aspek termasuk ekonomi,kecerdasan buatan (AI),ekonomi digital dan teknologi angkasa lepas.
“Lebih penting,hubungan antara masyarakat kedua-dua negara turut diberi penekanan,di samping aspek pertahanan dan keselamatan negara yang perlu diperkukuh agar sebarang insiden yang boleh menggugat kedaulatan negara tidak berulang,” katanya kepada RTM.
Dalam pada itu,beliau turut mengulas perkembangan positif dalam isu hubungan serantau yang menunjukkan peranan penting Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun ini.
Ini termasuk kesediaan pihak Beijing untuk menandatangani Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA),yang dijangka memperkukuh kerjasama ekonomi serantau secara signifikan.
Selain itu,komitmen untuk mengekalkan keamanan,keselamatan dan kestabilan di kawasan Laut China Selatan turut dilihat sebagai langkah penting ke arah hubungan yang lebih konstruktif dan saling menghormati.
Collins menegaskan,adalah penting untuk memastikan segala hasil kerjasama yang dicapai sejajar dengan objektif peralihan ekonomi negara dan matlamat pembangunan serantau yang mampan serta menyeluruh.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur