2025-04-21 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41 hingga 4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden AS Donald Trump memaparkan keengganan untuk terus menaikkan tarif terhadap China yang akan hanya menjejaskan dagangan kedua-dua negara.
Selain itu,beberapa pegawai Rizab Persekutuan AS,termasuk Christopher Waller dan Austan Goolsbee pula dijadual berkongsi pendapat mengenai keadaan semasa ekonomi pada minggu depan.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketidaktentuan pasaran berkemungkinan mereda minggu depan susulan perbalahan tarif AS-China dilihat sudah mencecah kemuncaknya.
Atas alasan itu,beliau menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.39 hingga 4.43 berbanding dolar AS yang turut mencerminkan dinamik rundingan pada masa ini.
Innes berkata pada tahap ini,pasaran menjangkakan aspek kompromi akan menjadi kenyataan dalam usaha mengelak kekangan ekonomi yang berlanjutan.
“Keredaan ketegangan AS-China mungkin menyuntik sedikit sokongan kepada ringgit walaupun tiada sebarang kepastian kerana pasaran akan terus mengikuti rapat laporan media secara teliti.
“Oleh itu,ringgit mungkin diniagakan sekitar 4.41. Secara menyeluruh,mata wang Asia dan ringgit dijangka mengukuh,dipacu oleh perkembangan rundingan perdagangan dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang," katanya.
Sementara itu,ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan mengukuh berbanding dolar AS pada paras 4.4100/4175 daripada 4.4200/4265 dalam minggu sebelumnya.
Setakat tahun ini,ringgit telah mencatat pengukuhan sebanyak 1.32 peratus.
Ringgit juga naik berbanding euro kepada 5.0133/0218 daripada 5.0207/0281 pada minggu lepas,susut berbanding yen Jepun kepada 3.0971/1028 daripada 3.0952/1000 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8516/8616 daripada 5.7849/7934.
Mata wang tempatan itu kebanyakannya diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 261.2/261.8 daripada 263.1/263.6,minggu lepas namun susut berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.79 daripada 7.75/7.77,rendah berbanding dolar Singapura pada 3.3603/3667 daripada 3.3495/3549 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.1815/2154 daripada 13.1599/1902. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur