2025-04-21 IDOPRESS

Menteri Sumber Manusia Steven Sim bergambar kenangan bersama peserta pada majlis PERKESO Run & Ride 2025 sempena Hari Pekerja 2025 di Dataran Wawasan,Persiaran Perdana,Presint 2/ BERNAMA
PUTRAJAYA,20 April- Golongan pekerja perlu mempunyai kudrat fizikal dan mental yang kuat untuk membantu membangunkan bangsa dan negara.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong berkata,tanpa sumbangan pekerja daripada pelbagai sektor,negara tidak akan mampu bergerak serta mencapai kemajuan.
"Apa yang menghalang anda semua untuk terus menyumbang jasa dan kudrat kepada bangsa,agama dan tanah air,apa yang menghalang Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang hebat,khususnya di zaman dunia sedang bergelora,bukan orang lain,bukan Amerika,bukan China bukan negara-negara luar,apa yang menghalang kita untuk mencapai atau tidak mencapai kejayaan adalah kecekalan rakyat Malaysia itu",katanya.
Beliau berucap selepas program ‘Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Run and Ride 2025’ di Putrajaya.
Katanya,peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) membabitkan pencarum PERKESO semakin membimbangkan,dengan purata 80 individu sehari dikenal pasti menghidap pelbagai masalah kesihatan tahun lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur