2025-04-21 IDOPRESS

Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA
JAKARTA,20 April- Hubungan antara Malaysia dan Indonesia perlu keluar daripada kerangka tradisional,serta tidak hanya bergantung kepada nilai sentimental dan hubungan antara pemimpin semata-mata.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Malaysia sebagai sebuah negara menuju status berpendapatan tinggi dan berteknologi maju,perlu membentuk hubungan yang lebih luas bersama Indonesia,merangkumi kerjasama rakyat dengan rakyat.
"Saya ingin melontarkan supaya hubungan ini bukan hanya G to G,Government to Government,bukan hanya B to B,Business to Business,tetapi lebih menekankan kepada hubungan P to P,People to People.
"Dan hubungan ini tentunya apabila dipererat dan diperkukuh,ianya akan memberikan dividen politik yang baik untuk kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta.
Tambahnya,hubungan yang lebih menyeluruh itu bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan dua hala,malah memberi pulangan positif daripada segi politik,perdagangan dan pembangunan ekonomi serantau.
Ahmad Zahid memulakan lawatan kerja ke Indonesia bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur