2025-04-21 IDOPRESS

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand baru-baru ini / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 April – Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand baru-baru ini.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan,potensi eksport itu merangkumi pelbagai sektor termasuk alat ganti automotif,pembinaan,tenaga dan peranti perubatan.
Minat terhadap produk Malaysia disuarakan dalam satu sesi mesyuarat meja bulat anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),yang turut disertai pegawai tertinggi daripada lapan syarikat terkemuka Thailand.
MITI menjelaskan,sambutan positif itu mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai rakan dagang serta sebahagian daripada rantaian bekalan serantau yang boleh dipercayai.
“Minat mendalam yang ditunjukkan Thailand sejajar dengan hala tuju dasar terkini negara menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),” menurut kenyataan itu.
Thailand merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam ASEAN dan ketujuh di peringkat global.
Pada tahun lalu,jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencecah AS$25.06 bilion,dengan perdagangan rentas sempadan menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah tersebut.
Momentum itu turut berterusan pada awal tahun ini,apabila perdagangan dua hala mencatat peningkatan hampir lapan peratus dalam tempoh dua bulan pertama 2025.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur