2025-04-22 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil / Foto RTM
JOHOR BAHRU,21 April – Kementerian Komunikasi bakal memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta dalam tempoh dua tahun bagi memperkasakan sektor pendigitalan di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Menterinya,Datuk Fahmi Fadzil berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hasil kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Negeri Johor.
Beliau berkata,antara tumpuan utama inisiatif tersebut adalah untuk meningkatkan liputan rangkaian 5G,selain memperluas pembangunan infrastruktur digital di negeri itu.
“Dia akan ada beberapa fasa. Fasa yang pertama semestinya melibatkan aspek liputan internet. Jadi kita hendak pastikan,terutama di kawasan JS-SEZ,liputan internet yang mencukupi dan juga teknologi 5G dapat dimanfaatkan. Jadi ini akan menjadi salah satu keutamaan bagi MCMC,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pertukaran MoU antara Kerajaan Negeri Johor dan MCMC,di sini hari ini.
Turut diberi perhatian ialah aspek pembangunan kapasiti rakyat,keselamatan siber,penggunaan teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan Negeri pula akan memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan tanah,serta bertindak sebagai pemudah cara menerusi penubuhan pusat sehenti (One-Stop Center).
Usaha tersebut dijangka dapat mempercepat pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Johor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.
Majlis pertukaran MoU berkenaan berlangsung di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru,dan disaksikan oleh Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur