2025-04-22 HaiPress

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar
PUTRAJAYA,22 April- Platform media merupakan instrumen penting dan platform strategik untuk menguar-uarkan perkara berkaitan wakaf,membina naratif positif serta menyemai kefahaman masyarakat terhadap potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata instrumen berkenaan bertindak dalam menyampaikan konteks pembangunan wakaf selain memberi maklumat terkini supaya lebih diyakini khususnya dalam kalangan masyarakat.
Ia juga dilihat mampu menjayakan agenda pembangunan Islam khususnya memperluas kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap institusi wakaf di Malaysia.
"Apa yang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) usahakan telah memberi kebaikan kepada berpuluh ribu individu. Ini merupakan instrumen wakaf yang diperkenalkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Media di sini.
Pada majlis sama,beliau turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024,Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Tahun 2024 dan Anugerah Khas: The Most Outstanding Achievement Award kepada para pegawai YWM.
Selain itu beliau juga menyampaikan sumbangan cek cura,bernilai RM2,500 kepada Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor serta kepada Kelab Media Putrajaya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur