2025-04-22 HaiPress

Foto Fail
KUANTAN,22 April- Seorang jurutera berusia 36 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang,Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa mula berurusan dengan pelaburan tersebut selepas membuat carian di laman sesawang pada 3 Disember tahun lalu kerana berminat untuk belajar dan melabur.
Menurutnya,mangsa melakukan sebanyak 19 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza,membabitkan jumlah keseluruhan RM1.163 juta.
Menurut mangsa,pihak pentadbir platform memberikan pelbagai alasan bagi menghalang mangsa daripada mengeluarkan wang yang kononnya merupakan pulangan pelaburan melebihi RM4 juta.
Mangsa kemudian hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032.53 sebelum gagal mengakses platform tersebut.
Tambahnya,wang pelaburan yang digunakan mangsa adalah daripada simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Sehubungan itu,beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.
Buat semakan terlebih dahulu sebelum melabur,dan semak nombor akaun yang diberikan melalui laman web rasmi https://semakmule.rmp.gov.my.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur