2025-04-22 HaiPress

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin / Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,21 April - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin,menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX),ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global,kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Pada masa sama,katanya,dolar AS melemah dan pasaran saham bertukar menjadi tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan ekonomi yang meningkat,ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan politik.
“Dengan beberapa pasaran global ditutup untuk Easter,dagangan lebih rendah,tetapi mesejnya jelas,ia bukan satu langkah rawak.
“Emas yang meningkat bukan sahaja pada hasil yang lemah atau dolar AS yang lebih lemah tetapi disebabkan oleh krisis keyakinan yang semakin meluas,” katanya kepada Bernama.
Innes berkata pasaran sedang bergelut dengan beberapa faktor yang menyebabkan ketidakstabilan,iaitu daripada tarif “blitzkrieg” Presiden AS Donald Trump dan perselisihan yang semakin meningkat dengan Rizab Persekutuan AS,kepada kesedaran yang semakin meningkat bahawa dasar monetari semakin dipolitikkan.
“Pelabur tidak lagi melihat emas hanya sebagai lindung nilai inflasi,sebaliknya mereka melihatnya sebagai insurans bagi menghadapi disfungsi institusi.
“Amaran China terhadap negara yang mempertimbangkan untuk mengadakan perjanjian dengan Washington,bukanlah satu ancaman kepada Jepun,Korea Selatan dan negara lain yang berada di atas pagar,sebaliknya meningkatkan daya tarikan terhadap emas.
“Ia bukan lagi hanya mengenai inflasi atau pemotongan kadar. Ia mengenai ketegangan politik,kelemahan matawang dan dolar AS yang mula hilang kekuatan sebagai matawang yang paling kukuh,” katanya.
Ketika ditutup hari ini,kontrak semerta bulan April 2025 meningkat kepada AS$3,329.90 setiap auns troy daripada AS$3,305.20 setiap auns troy pada Jumaat lepas,dan kontrak Mei 2025 menokok kepada AS$3,340.30 setiap auns troy daripada AS$3,315.6 setiap auns troy.
Kontrak Jun 2025,Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya melonjak kepada AS$3,355.00 setiap auns troy daripada AS$3,330.30 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka tidak berubah masing-masing pada 142 lot dan 175 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 April,harga emas fizikal berada pada AS$3,305.65 setiap auns troy.-BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur