2025-04-22 IDOPRESS

Foto FB Angkatan Tentera Malaysia
KUALA LUMPUR,21 April – Hospital Medan Malaysia yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Bantuan Kemanusiaan,Starlight Tiga mula beroperasi hari ini pada pukul 9.50 pagi (waktu Malaysia) di daerah Sagaing,Myanmar salah satu kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Markas ATM Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan,hospital tersebut dilengkapi dengan 20 buah katil serta kemudahan lengkap termasuk wad,bilik pembedahan,unit rawatan rapi (ICU),radiologi dan makmal.
Hospital itu turut menawarkan dua kepakaran utama iaitu pembedahan am dan ortopedik.
Majlis pembukaan operasi hospital turut disertai Ketua Menteri Wilayah Sagaing,Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas Wilayah Yangon,Leftenan Jeneral Thet Pon,yang hadir menyatakan sokongan serta meninjau keperluan tambahan yang mungkin diperlukan oleh pasukan Op Starlight Tiga.
Terdahulu,Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar,Jeneral Kanan Min Aung Hlaing turut melawat tapak persiapan pengoperasian hospital tersebut sebagai simbolik penghargaan dan komitmen kerajaan Myanmar terhadap bantuan yang disalurkan oleh Malaysia.
Penduduk tempatan juga menzahirkan penghargaan atas inisiatif Malaysia menubuhkan hospital berkenaan yang amat bermakna kepada mereka dalam tempoh pasca bencana.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur