2025-04-22 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua,kanan) ketika kunjungan ke Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) hari ini / Foto Bernama
JAKARTA,21 April – Malaysia menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama Indonesia dalam aspek pengurusan bencana,termasuk pertukaran kepakaran dan pendekatan dengan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun skala bencana di Malaysia tidak sebesar yang dihadapi Indonesia,aspek latihan dan persediaan tetap perlu ditingkatkan demi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Jadi kita telah menawarkan diri untuk mengundang rakan-rakan,terutamanya Ketua BNPB,untuk berkunjung ke Malaysia. Bukan untuk mempelajari tetapi untuk memahami apa yang sedang dan akan kita lakukan. Saya juga yakin pasukan dari Malaysia telah datang ke sini untuk mempelajari dan mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan ilmu dalam menangani bencana,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia serta Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) di sini,hari ini.
Tambah beliau,kunjungan pasukan dari Malaysia ke Indonesia membolehkan mereka memahami sistem pengurusan bencana negara jiran itu sekali gus memperluas ilmu dan pengalaman untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur