2025-04-22 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA
JAKARTA,22 April- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia,Prabowo Subianto,sempena lawatan kerja rasmi beliau ke republik itu.
Pertemuan tersebut dijangka berlangsung di Istana Merdeka,pukul 3.00 petang waktu tempatan,hari ini.
Kedua-dua pemimpin bakal membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama termasuk kerjasama dua hala dalam bidang tertentu.
Perjumpaan penuh bersejarah itu mencerminkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.
Semalam,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia,Gibran Rakabuming Raka dan membincangkan isu-isu semasa serta peluang kerjasama dalam bidang pendidikan,TVET,industri halal,pembangunan luar bandar,dan pengurusanbencana
Lawatan dan pertemuan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen bersama dalam usaha mempertingkat hubungan diplomatik dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur